Sunday 10 November 2013

Mencari Semangat

Assalamualaikum..


Semangat baru perjuangan yang satu
dan matlamat hidupku hanya untukmu..

Dah seminggu lebih cuti semester ni, rasanya semangat nak blajar ni makin pudar. Tau la cuti tapi takkan tak buat apa2 kot. Dah la sem pertama tu entah apa2.. banyak main daripada main2..haha.. Salah diri sendiri jugak, belajar lebih kurang je, akibatnya jawab soalan PSPM pun lebih kurang jugak la..huhu..



Seminggu lebih lagi nak masuk sem kedua pulak. Kalaulah semangat saya terus macam ni ataupun makin pudar, habislah saya. Tak ke sia2 saya masuk matrik ni. Jangan sampai tak nampak universiti sudah. Apa perlu saya buat ni..fikir, fikir, fikir (tiru gaya Jimmy neutron).

Sem kedua nanti adalah satu2nya sem untuk saya selamatkan CGPA saya. Tak sanggup saya mengulang masuk matrik ni. Belajar 2 sem tiba2 jadi 4 sem. TOLONG JANGAN TINGGALKAN SAYA. Tak ke malu tu dengan kawan2 yang lain. Baiklah, saya tengah kumpulkan semangat ni. Tulis blog ni pun semangat.

WAHAI SEMANGAT, DATANGLAH KEPADAKU,
AKU MENYERUMU UNTUK KEMBALI KAPADAKU..
CAME BACK TO PAPA..

Boleh pulak buat macam tu eh..hehe.. Nasib baiklah ada ibu bapa saya yang baik hati ni menjadi pembakar semangat saya. Bila tengok muka diorang mesti tak sanggup nak lukakan hati mereka. Huh, panas, panas..(berpeluh). 

Tidak lupa juga dengan cita-cita saya yang menggunung untuk menjadi seorang engineer(doakan saya). Nak jadi engineer takkan goyang kaki je kot, bila bangun tidur dah jadi engineer. MUSTAHIL. Semua orang mempunyai impian dan cita2 masing2. Kalau tak ada, fikirkan apa yang korang mahu dalam hidup sekarang. Macam mana korang nak hidup tanpa cita2 atau tujuan tertentu..hmm..

Kemudian, bersyukur apa yang kita ada. Bersyukurlah kerana kita masih dapat menghirup udara yang segar, makan minum, jumpa kawan2, dll semua itu pemberian Allah SWT. Sungguh banyak nikmat yang diberikan kepada kita sedangkan ramai lagi yang mengalami nasib yang kurang baik.

Sebagai umat Islam, kita tidak lari dari berdoa kepada Allah SWT. 
Ni doa untuk korang yang hilang semangat( termasuk saya). Jom sama2 kita berdoa.

Bismillahirrahmanirrahim,
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, ketakutan, dan azab kubur.
Ya Allah, berilah jiwaku ketakwaan, sucikanlah jiwaku karana Engkau adalah sebaik-baik yang mensucikan jiwa.
Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat, hati yang tidak khusyu’, hawa nafsu yang tak pernah puas dan doa yang tidak dikabulkan.
Amin amin Ya rabbalalamin
Sekian...

Friday 27 September 2013

Manusia Boleh Mengubah Takdir

Assalamualaikum dan salam kejayaan yang luar biasa.

Percaya atau tidak bahawa manusia boleh mengubah takdir.. Manusia ni apa??

KITA lah..makhluk Allah yang paling sempurna..



Ok... Takdir boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
  1. Takdir Mubram
  2. Tekdir Mu'allaq
Takdir Mubram

Takdir mubram merupakan takdir( qadha dan qadar) yang tidak dapat dielakkan. Ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh mengubah takdir ini. Contohnya, bila kita dihidupkan dan bila kita akan mati.

Takdir Muallaq

Takdir ini ditentukan oleh usaha , ikhtiar dan doa seseorang. Takdir ini telah dituliskan di Lauh Mahfuzh. Dipanggil takdir muallaq yang bermaksud takdir yang belum pasti. Takdir inilah yang kita nak ubah sesuai dengan kemahuan kita. Contohnya, kita nak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kita perlulah belajar dengan betul, bijak menggunakan masa, berdoa kepada Allah, dll.


Oleh itu, saya rasa tidak wajarlah kalau kita hanya berserah kepada takdir sahaja. Kita nak sesuatu, tapi...adakah kita berusaha untuk dapatkannya. Kita juga mungkin melakukan sebaliknya daripada apa yang kita mahukan. Cuba kita renungkan.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka".

Jadi mengapa kita perlu menyalahkan takdir sedangkan semuanya bergantung dengan diri kita sendiri.. Ia sesuai dengan sunnatullah iaitu hukum alam. Sesiapa yang berusaha, dia yang berjaya.

Sekian..

Friday 13 September 2013

54 Ebook PLR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pernahkah anda menjana pendapatan melalui internet? Mahukan anda menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual ebook. Jika anda seorang newbie, inilah peluang terbaik anda untuk merasai wang pertama online anda. Saya tidak jamin ia berkesan tetapi ia pasti menjadi dan lebih mudah. Berjinak-jinaklah perniagaan internet dengan menjual ebook. 



Jika anda ingin mendapatkan pendapatan yang lumayan melalui internet, salah satunya anda jual ebook yang boleh dijual semula. Anda tidak perlu pening memikirkan lagi nak buat ebook. Antara platform yang boleh anda dapat jual ebook ini dengan senang, anda jual di Murahnya.my di mana pelanggan dah tersedia untuk anda. Lihat dahulu tajuk ebook:


tajuk-ebook


Inilah ebook yang bakal anda dapat. Terdapat 54 tajuk yang tidak luput di pasaran. Bermakna ia boleh guna sampai bila-bila. Ebook ini dalam format .DOC dimana anda boleh ubah isi kandungan dan jual kepada kawan-kawan anda. Berapakah harga semua ebook ini? Harga kesemuanya adalah RM54 sahaja iaitu RM1 setiap satu ebook. Anda boleh jual ia dengan harga RM20-RM50 setiap satu. Tapi tunggu dulu! Saya berikan anda hanya 
RM49
 RM10 sahaja sebagai jasa baik anda melawat blog ini. Itupun TERHAD untuk 10 orang terawal sahaja. Harga akan dinaikkan bila-bila masa sahaja.


Dengan ebook berserta lesen PLR ini:

[YA] Boleh diedit.
[YA] Boleh meletakkan nama anda sebagai penulis.
[YA] Boleh dipecah menjadi artikel.
[YA] Boleh digunakan sebagai web atau kandungan e-zine.
[YA] Boleh ditambah ke dalam laman keahlian.
[YA] Boleh dijual dalam format apapun.
[YA] Boleh dipakejkan.
[YA] Boleh ditawarkan sebagai bonus.
[YA] Boleh diberikan percuma (dalam format apapun).
[YA] Boleh dijual di laman lelong.
[YA] Boleh dijual semula Private Label Rights.
[YA] Bolehkah menawarkan (MRR) Hak Dijual Kembali.
[YA] Bolehkah menawarkan (RR) Hak Dijual Kembali.
[YA] Boleh diterbitkan offline.


Jika berminat sila ikut 3 langkah mudah:
1-Bank in dalam akaun CIMB
   
 No akaun: 7055515749
    Nama: Wan Muhammad Nasrullah bin Wan Ahmad

2-Hantar bukti bayaran seperti berikut:

WhatsApp/sms:0137806202 
atau
 wanmuhammadnasrullah@gmail.com

3-Tunggu link download

   Tunggu pengesahan dari saya dalam tempoh 24 jam. 




*Bukti bayaran:

Ebook PLR<jarak>tarikh<jarak>masa<jarak>RM10<jarak>kaedah bayaran<jarak>tempat bayaran<jarak>emel anda


Siap...

Sunday 18 August 2013

Manusia Suka Berbangga Dengan Apa Yang Mereka Ada

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan..



Kita hidup di dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Allah SWT. Semua benda di dunia ini adalah hak Allah. Binatang, tumbuhan, wang, harta benda dan manusia sendiri adalah hak ALLAH.

"Tengok kat tangan aku ni, nampak..gelang ni suami aku baru beli tau. harganya RM100000..cantik tak"

Mari kita renung-renungkan ayat ini:
Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (Surah AsySyuraa, ayat 49)

Patutkah kita berbangga dengan apa yang kita ada?
Setiap manusia pasti ada kelebihan dan oasti ada kekurangannya sendiri.

Persoalannya, adakah orang yang berbangga ini merupakan seorang yang bersyukur?
Orang yang tidak bersyukur bermakna mereka kufur dengan Allah, kufur nikmat.
Astaghfirullah..

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang  itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain"
(Riwayat Muslim)

Hadis diatas pula menunjukkan bahawa kita tidak boleh bangga diri. Jika kita bangga diri, kita samalah dengan iblis kerana iblis bersifat bangga diri. Iblis pernah berkata kepada Allah bahawa dialah lebih baik daripadanya(Adam), Engkau jadikan aku daripada api sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.

Selamat bermunasabah diri..

Saturday 10 August 2013

Kelebihan Puasa 6 Hari pada Bulan Syawal

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan..

Ha..seronok raya tahun ni. Banyak dapat duit raya.. Bila raya ni perut ni terasa penuh dengan kuih raya, rendang, lemang, banyak lagi la yang tak tertulis ni. Dalam bulan berbahagia ini, kita sama-sama solat sunat hari raya aidilfitri, menziarahi kubur, menziarahi rumah saudara mara/ balik kampung ataupun pergi rumah kawan. Dalam masa yang sama, kita momohon maaf antara satu sama lain dan mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..

Tidak lupa juga solat sunat enam hari..Banyak kelebihan jika kita solat sunat enam hari ni. Mungkin korang sudah tahu, anggaplah ini sebagai peringatan kepada untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, apa yang korang dapat jika korang puasa sunat 6 hari di bulan syawal ni.

  • Ganjaran puasanya sama seperti puasa selama setahun, tapi dengan syarat mesti puasa juga pada bulan ramadhan. Setiap kebaikan yang kita kerjakan dilipatkan sebanyak 10 kali ganda. Pada bulan ramadhan, kita berpuasa selama 30 hari, apabila didarab dengan sepuluh bersamaan 300. Kali ni kita puasa 6 hari bersamaan 60. Apabila ditambah (300+60) menjadi 360 hari bersamaan setahun.
  • Keluar dosa-dosa dari tubuhnya seperti bayi baru lahir dari perut ibu. Entah banyak mana dosa yang telah kita lakukan tapi Allah Maha Pemurah, dosa-dosa kita diampun hanya dengan puasa sunat tersebut.
Kepada yang tertinggal atau sengaja tinggal puasa di bulan ramadhan ni adalah lebih baik qada dahulu sebelum puasa enam hari ni. Jangan tak qada pula, nanti tak pasal-pasal tiba ramadan lagi kena bayar fidyah pula. 

Sama-samalah kita saling peringat-ingatkan sesama Islam, dalam nenunaikan ibadah kepada Allah. Di kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFTIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Andai kata terkasar bahasa, terguris hati atau apa-apa kesilapan yang tidak saya sedari, saya minta maaf banyak-banyak.

Ya ALLAH,
jadikanlah syawal ini sebagai satu laluan untuk kami mendekatkan diri denganMu,
limpahkanlah kami kebahagiaan,
berikanlah kami kekuatan dalam istiqamah beibadat kepadaMu.
Amiin..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Thursday 8 August 2013

RAHSIA SENI KUASA MINDA



Assalamualaikum dan salam kejayaan luar biasa..

Kali ni saya nak promote sikit berkenaan dengan kuasa minda ni.

Nak tahu apa tu Kuasa Minda? Bagaimana mengolah dan mengaktifkannya? Anda tidak perlu BERHABIS WANG kali ini untuk mendapatkan Ilmu HEBAT ini! Malahan anda mampu menjana Pendapatan HEBAT bersama;

Pakar Seni Minda Separa Sedar 'Master Rey (CH)'.

Saya sendiri telah dapatkan ebook ini, memang terasa luar biasa walaupun hanya habis membacanya. Dulu saya hanya tahu sedikit sebanyak melalui 'pakcik' GOOGLE,  tapi kali ni saya entah kenapa hati ini nak sangat beli ebook 'Seni Kuasa Minda' ni. Ebook ni memang mengisi tempat kosong yang ada di fikiran saya mengenai kuasa minda.

Terasa sungguh rugi jika tidak mengetahui kuasa hebat yang Allah kurniakan kepada kita ini. Kerana inilah yang membezakan manusia dengan binatang dan benarlah firman Allah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita tidak perlukan bantuan jin atau syaitan untuk mendapatkan apa sahaja yang kita mahu, tapi cukuplah kita gunakan minda yang Allah anugerahkan kepada kita untuk memperolehi apa sahaja yang kita mahu.

Manfaatnya!

*Mengetahui Potensi Hebat diri korang!
*Menarik perkara Positif!
*Menarik Kekayaan dan Kejayaan!
*Memperkuat ketahanan diri dari pelbagai perkara Negatif!
*Memudahkan segala Urusan korang!
*Boleh mengalirkan tenaga untuk pelbagai kegunaan!

Tenaga korang MESTI aktif pada saat ini juga!

Pengalaman pertama semasa menggunakan kuasa ini, saya dapat menukarkan lampu isyarat yang berwarna merah kepada hijau..Saya juga terasa diri lebih positif dari sebelum ini, emosi pula sentiasa baik, tenang, dan terasa diri ini luar biasa.


korang boleh dapatkan ebook ini disini..
(http://ll.my/rahsiaminda)

Sekian..

Saturday 20 July 2013

MENGAPA..!!Saya Kata JANGAN tapi Dia semakin BUAT

Assalamualaikum..


Saya rasa korang semua ni pernah mengalami situasi tersebut. Korang makin larang dia, dia makin buat dan makin buat. Saya rasa korang pun sama..makin dilarang makin buat.

Sebenarnya bukan saya nak kata "melarang pun tak ada guna", tapi apa yang saya nak kata adalah kita perlu menukar ayat larangan itu. Hal ini berkait rapat dengan minda kita atau lebih tepat lagi minda bawah sedar kita. Minda kita tak mengenal perkataan 'JANGAN' atau 'BUKAN' atau 'TIDAK'. Minda juga tidak mengenal yang mana baik ataupun buruk, semuanya diterimanya tanpa mengenal 3 PERKATAAN itu.

Mungkin korang kurang jelas fasal minda ni. Ok, contohnya saya kata 'bukan durian'. Apa yang korang fikir. Mesti korang fikir tentang duriankan.. Saya tak rasa korang fikirkan buah lain seperti rambutan, pisang, cempedak dll. Nampak..

Jika korang pergi satu tempat tu, ada tertulis 'JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA' pada satu signboard tu, korang perasan tak tempat itu pun dipenuhi sampah, malah mungkin tempat itulah yang banyak sampah dibuang KERANA minda kita telah memotong perkataan JANGAN tu dan menjadi 'BUANG SAMPAH MERATA-RATA'.

Jadi, seperti yang saya cakap tadi, kita perlu tukarkan perkataan itu. BAGAIMANA? Tukarkannya menjadi ayat positif. Contohnya, 'JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA'. tukarkannya menjadi 'SILA JAGA KEBERSIHAN'. Semudah ABC.. Dengan ini, minda kita akan menerima untuk menjaga kebersihan. Selamat mencuba..

*Pada bulan ranadhan yang mulia ini, selamat berpuasa saya ucapkan kepada suluruh umat Islam terutamanya kepada korang yang setiia membaca blog ini.

Sekian..

Saturday 22 June 2013

Bahayanya Jerebu!!



Assalamualaikum..

Sekarang ni di tempat saya belajar, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, telah mengalami masalah jerebu yang boleh dikira amat kritikal. Mungkin ada lagi yang sedang mengalami masalah ni pada masa ni. Walaupun kita nampak gejala jerebu ni taklah teruk sangat tapi ia dapat membahayakan kesihatan kita.

Jerebu ni biasanya datang dari asap dari kilang, pembakaran terbuka, dan asap dari kendaraan.

Kesan JEREBU kepada kesihatan

Biasanya, jerebu ni membuatkan kita rasa sakit tekak, batuk-batuk, dan penglihatan kabur( kurang nampak).  Lain2 kesan:
  • Sukar untuk bernafas/ sesak nafas
  • Mata terasa pedih/ mata berair
  • Hidung berair/ bersih
  • Sakit dada
Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, langkah pencegahan perlu diambil dengan segera.
  1. Gunakan penutup hidung (nasal mask) setiap kali berada di luar bangunan
  2. Ketika berada di dalam rumah/bilik tutup semua pintu dan tingkap dan pasang kipas
  3. Jangan merokok
  4. Kurangkan aktiviti luar seperti bersukan. Dinasihatkan supaya tidak keluar rumah/bangunan terlalu kerap
  5. Kerap basuh muka/kulit yang terdedah kepada jerebu
Kepada kanak2, orang tua, yang ada penyakit asma, radang paru2, sakit jantung dan alahan, dan perokok, korang dinasihatkan supaya berhati-hati dengan jerebu kerana korang adalah golongan utama yang berisiko tinggi.

Harap korang yang menghadapi masalah jerebu ni dapat ikut kelima-lima langkah pencegahan diatas. Tak perlu nak merungut.."panas la pakai mask ni.." ataupun "leceh la tak boleh keluar rumah/bangunan". Utamakan kesihatan korang. Bila korang sakit, siapa yang susah.. Jadi, fikir2kanlah baik2.

Sekian..

Wednesday 22 May 2013

Cara Meningkatkan Ketinggian Anda

Assalamualaikum..



Untuk pengetahuan korang, kebanyakan ketinggian korang ditentukan oleh faktor genetik. Tapi, jika korang mempunyai ibubapa yang pendek tak bermakna korang jugan akan pendek, begitu juga jika korang mempunyai ibubapa yang tinggi, korang belum tentu akan tinggi. Walaubagaimanapun, jika sebahagian besar kedua-dua belah pihak keluarga korang adalah pendek, kemungkinan korang pun akan jadi pendak juga. Jangan KECEWA atau SEDIH, korang masih lagi boleh tinggi sehingga dewasa penuh di pertengahan 20-an korang. 

Mungkin tak banyak korang dapat menambahkan ketinggian korang, tapi korang boleh cuba langkah2 dibawah untuk menembahkan ketinggian korang. Belum cuba belum tau.

1- Elakkan merokok atau mengambil dadah
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak2 yg merokok atau terdedah dengan asap rokok adalah lebih pendek daripada mereka yg tak merokok.
2-Dapatkan tidur yang cukup
  • Kajian menunjukkan remaja memerlukan 8.5-11 jam tidur pada waktu malam. Badan kita berkembang dan menghasilkan semula tisu semasa kita berehat.
3-Makan makanan yang betul
  • Pastikan korang mendapat vitamin dan mineral yang cukup untuk berkembang dengan ketinggian yang penuh. Dpatkan banyak kalsium untuk pertumbuhan tulang, vitamin D untuk pertumbuhan tulang dan otot pada kanak2, dan protein untuk pertumbuhan badan. Jangan lupa untuk makan mengikut jadual.
4-Memupuk keyakinan
  • Cuba selesa berpuas hati dengan diri korang tak kira berapa tingginya korang dan berapa banyak ketinggian yang telah meningkat. Satu sikap yang positif lebih daripada kekurangan ketinggian korang.
5-Senaman
  • Berenang. Berenang merupakan senaman yg baik untuk menambahkan ketinggian. Jadikan berenang sebagai runtin harian korang, jika tak bleh, lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Berenang bukan saja dapat menambahkan ketinggian korang, malah baik untuk seluruh badan korang.
  • Bergantung atau bargayut. Ini adalah senaman yang cukup popular untuk meningkatkan ketinggian. Korang boleh bergantung di pokok atau dimana saja yg sesuai untuk bergantung.
  • Melakukan regaman. Jika korang melakukan regaman yg betul, korang akan dapat melihat perbezaan ketinggian korang. 

Sekian dan sekali lagi selamat mencuba..

Monday 13 May 2013

Cara Mencantikkan Facebook

Assalamualaikum..

Korang mungkin dah bosan melihat facebook yg hanya berwarna biru dan putih saja..
Saya pun begitu juga.
Sekarang ni, boleh la tukar selera sikit..haha..

Saya hanya akan tunjukkan kpd pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja. Lain2 saya tak tau kerana belum cuba lagi. Maaf.


+Mozilla Firefox:
  1. buka Mozilla Firefox
  2. tekan Firefox pada kotak yg berwarna jingga tu
  3. pilih Add-ons
  4. taip 'stylish' pada search
  5. tekan install pada 'Stylish 1.3.2' dan tunggu sehingga habis download
  6. buka alamat http://userstyles.org/
  7. pilih mana2 tema yg korang suka
  8. klik '+ Install with Stylish'
  9. kemudian akan keluar macam ni dan klik 'install'                                     
  10. buka facebook dan lihat hasilnya


+Google Chrome:

  1. buka Google Chrome
  2. tekan 'Customize and control Google Chrome' yg berbelang tiga tu
  3. pilih 'Tools' kemudian pilih 'Extention'
  4. klik 'Get more extentions'
  5. taip 'stylish' pada 'Search the store'
  6. klik '+ ADD TO CROME' setelah korang jumpa seperti gambar dibawah
  7. klik 'add' dan tunggu sehingga huruf 'S' muncul pada sebelah 'Customize and control Google Chrome'
  8. buka facebook
  9. klik huruf 'S' tu dan klik 'Find more styles for this site'
  10. klik pada mana2 tema yg korang suka
  11. klik '+ Install with Stylish' kemudian kilik 'OK'
  12. buka facebook dan lihat hasilnya



Apa yg menariknya, Stylish juga boleh digunakan pada Google, Youtube dan banyak lagi.
Selamat mencuba..

Sekian..

Tuesday 23 April 2013

Saya Minta Maaf

Assalamualaikum..


'Saya minta maaf' merupakan satu ungkapan yang ringkas lagi dapat menyejuk hati. Namun, ada segelintir dikalangan kita yang sukar untuk melafazkan tiga patah perkataan ni?? Kadang2 saya begitu juga..hehe..

Mengapa? Malu dengan kesalahan yang korang lakukan (saya la tu..haha). Korang mungkin juga rasa tak berani nk minta maaf atas sebab dia tu panas baran, suka pukul orang atau lain2 sebab, kalau tak pun korang sendiri yang ego dengan diri sendiri..asyik kita je nak betul..kan kan.

Dah tahu salah minta maaf je la.. Senang je saya cakapkan. Tapi betul. Kita akan lebih tenang dan terasa lega..betul tak. Tak perlu tunggu Hari Raya Aidilfitri Apa salahnya kita cuba ubah diri kita menjadi seorang yang mudah meminta maaf. Jangan lupa kita juga perlu menjadi seorang yg pemaaf. Jika korang seorang yang pemaaf, InsyaAllah korang mudah dimaafkan. Tak guna kita berdendam sesama saudara (bagi umat Islam), ia hanya membuat jiwa kita tidak tenteram dan marah2. Bukankah itu kehendak syaitan untuk menghancurkan manusia.

Minta maaflah dan maafkanlah seseorang dengan ikhlas..eh bukan ikhlas. Ustaz Syah kat plkn kata, 'ikhlas' tak boleh diukur, hanya Dia yang tahu sama ada kita ikhlas atau tidak..gantikannya dengan 'kerana Allah S.W.T'. Jadi,minta maaflah dan maafkanlah seseorang itu kerana Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
''Wahai 'Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu menyambung silaturrahim dengan orang yg memutuskannya, memberi kpd oarang yg tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yg pernah menzalimi dan menganiayaimu''. (hadis riwayat Hakim)

Tak lupa juga memohon maaf kpd Allah S.W.T. dan mengucapkan 'astaghfirullah' atau beristighfar banyak2 kerana banyak kesalahan yg tak terkira telah kita lakukan sama ada sedar ataupun tak.

*Di kesempatan ni, saya makhluk Allah yg lemah dan hina mohon maaf zahir & batin jika ada salah silap,  terkasar bahasa dan tak menunaikan kewajipan saya sebagai umat Islam terhadap korang. Oh, satu lagi, saya minya maaf sebab jarang update blog ni. Saya pun dah maafkan korang.. Korang tak buat pun silap dgn saya..hehe.

Sekian..

Tuesday 16 April 2013

Ubat-ubatan Alternatif Untuk Menghilangkan Jerawat

Asslamualaikum..

Ubat-ubatan semulajadi merupakan cara yang murah untuk memerangi jerawat. Tambahan pula, tak ada bahan kimia yg terlibat. Jika korang guna ubat ni, korang mungkin rasa seperti tumbuh-tumbuhan atau daun kerana ia memang berasal dari tumbuhan.


Ubat-ubatan semulajadi/herba tak ubah keseimbangan hormon atau perubahan kimia dalam otak.

MENGAPA? Kerana herba mengandungi sifat2 tertentu yg bertujuan untuk mengawal selia fungsi2 badan untuk menggalakkan penyembuhan n kesihatan.

Korang pun dah tahu kenapa korang ada jerawat. Berikut merupakan ubat-ubatan semulajadi:

   #Vitamin E boleh mengurangkan jerawat berkaitan parut

   #Minuman yg kaya dengan antioksida dan vitamin C/E membantu dalam menyegarkan kulit

   #Jus buah asli. Lakukannya 2-3 kali seminggu.
  • Kacau sedikit timun dengan sedikit minyak badam
  • Sapukan padaseluruh kawasan jerawat dan biarkan dalam tempoh 15 minit
  • Bersikan dengan air suam n keringkan
   #Daun Fenugreeks Remedy. Daun ni membantu korang supaya jerawat tak kembali lagi.
  • Hancurkan daun tersebut kedalam mangkuk kecil
  • Tambahkan air
  • Sapukan daun ni ke muka korang seperti pakai topeng
  • Biarkan semalaman
   #Cuka. Jika korang mendapati cuka terlalu kuat cairkannya dgn 1/3 cawan air
  • Rendam bola kapas kedalam cuka
  • Sapukan pada kawasan yg ada jerawat
  • Biarkannya selama 5-15 minit
  • Besihkan dengan air sejuk
   #Yis
  • Campurkan 1 sudu besar yis kering atau segar dgn 2 sudu besar jus lemon
  • Sapukan pada muka
  • Tunggu sehingga ia menjadi keras (cuba untuk tidak bergerak)
  • Basuh muka dengan air suam
*Terus terang saya katakan saya tak akan menanggung sebarang kerugian jika berlaku sesuatu yg tak diingini dalam menggunakan maklumat diatas. Jadi, jangan saman saya pulak. Selamat mencuba n semoga berjaya.

Sekian..

Thursday 11 April 2013

Mengapa Ada JERAWAT?

Assalamualaikum..

Ha..masalah ni sangat diambil kira terutamanya remaja pada masa ni. Ada yang menghabiskan beratus-ratus mahupun beribu-ribu ringgit utk menghilangkan jerawat. Tidak asing juga ada yang merasa rendah diri sehingga malu utk berjumpa dengan kawan2 kerana mempunyai jerawat.

Jadi, mengapa korang ada jerawat?

Yang tak ada tu tak ada lahkn..

Walaupun kajian telah dilakukan secara menyeluruh terhadap punca2 jerawat dan mengapa orang2 tertentu mengalami masalah jerawat, manakala yg lain tak pernah mengalami masalah jerawat, namun ia tak pernah terbukti secara saintifik tentang punca jerawat yang sebenar.

Walaupun begitu, terdapat faktor yg sering dikaitkan dgn orang2 yg mempunyai jerawat. Antaranya termasuklah:

  1. Akil baligh: Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan remaja mengalami masalah jerawat bermula umurnya 12-24 tahun. Jerawat begitu biasa dikalangan remaja disebabkan hormon androgen yg terhasil semasa hampir baligh. Androgen boleh menyebabkan folikel rambut kita dan liangkulit menjadi besar dan sangat berminyak. Apabila minyak bercampur dengan sel2 kulit kita, ia boleh menyebabkan liang kita tersekat seterusnya terjadilah jerawat sementara.
  2. Hormon: Hormon seolah-olah memainkan peranan utama dlm menyebabkan jerawat, n kebiasaannya menyebabkan jerawat yg teruk sama ada remaja mahupun orang dewasa.
  3. Alam sekitar: Jika korang terdedah pada bahan kimia seperti pencuci rumah, penyegar udara, atau bahan cuci yg wangi di tempat kerja, di rumah atau dimana saja, korang mungkin mendapati jerawat yg sedia ada menjadi jengkel/sakit sekejap. Terdapat juga kajian kes terhadap orang yg tak ada jerawat mula mengalami masalah jerawat yg melampau setelah mengguna pencuci kimia yg berterusan.
Ibu bapa saya ada jerawat, jadi saya pun ada jerawat..huhu..

Mana ada. Jika ibu bapa korang mengalami mengalami masalah jerawat, tak semestinya korang juga akan mengalami masalah tersebut, jika korang ada jerawat, tu adalah dari diri korang sendiri. Para saintis masih menkaji hubungan antara kanak2 dgn jerawat n ibu bapa  n tak terbukti jerawat boleh diturunkan pada masa ni.

Sekian..

Friday 5 April 2013

Cara Lajukan Laptop 2

Assalamualaikum..


Hari tu saya telah tujukkan 5 cara untuk lajukan laptop. Klik disini jika korang belum baca. Seperti yg dijanjikan, berikut merupakan lain2 cara lajukan laptop. Korang hanya perlu ikut saja langkah yg saya berikan.

Cara 6:

Imbas/scan virus. Virus boleh menyebabkan laptop/komputer korang menghadapi masalah seperti melambatkan sistem, merosak/memadam data, atau mencuri data. Mengimbas virus dapat mamanjangkn hayat komputer korang. Imbas virus sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Cara 7:

Pindahkan data keluar. Pindahkan gambar, mp3, video atau mana2 data pada pendrive atau CD. Dengan ini, korang dapat memberi/membebaskan banyak ruang pada laptop/komputer seterusya menjadikannya lebih laju.

Cara 8:

Buang software yang tidak digunakan. Ini juga boleh memberi lebih ruang pada hard drive.
  1. Klik 'Start'
  2. Klik 'Control Panel'
  3. Klik 'Unistall a program' pada 'Programs'
  4. Klik 2 kali pada software yg korang nak buang.
Cara 9:

Tutup software yg tidak digunakan.

Cara 10:

Bersihkan disk space. Ini akan membebaskan ruang pada hard drive bagi meingkatkan lagi prestasi laptop/komputer korang. 
  1. Klik 'Start'
  2. Klik 'All Programs'
  3. Klik 'Accessories'
  4. Klik 'System Tool'
  5. Klik 'Disk Cleanup'
  6. Pilih file yg korang nak buang
  7. Klik 'OK'
Cara 11:

  1. Tutup semua aplikasi, program dan screensaver
  2. Klik 'Start'
  3. Taip 'scandisk'
  4. Klik 'Defragment your hard drive'
  5. Klik 'Defragment disk' pada setiap disk

Sekian dan semoga berjaya..

Tuesday 2 April 2013

Cara Lajukan Laptop

Assalamualaikum..

Laptop dah slow??
Banyak masa yg terbuang begitu sahaja kerana menunggu loading laptop??

Masalah ni dah tak asing lagi bagi pengguna laptop terutamanya jika korang gunakan laptop yang lama. Saya sendiri pun pernah menghadapi masalah ini sehingga saya rasa betul2 tertekan, tapi setelah saya cuba lajukan laptop yang akan saya tunjukkan kepada korang nanti, laptop saya sudah tidak slow macam dulu (saya sendiri pun tidak tahu sejauh mana kelajuan laptop saya).

Cara ni khas saya tunjukkan kpd pengguna window 7..yang lain saya tak tahu dan saya mintak maaf banyak2.
Camne nak lajukan laptop ni..


Cara 1:
  1. Klik kanan pada ikon power/bateri
  2. Klik 'Power Options'
  3. Tandakan pada 'Hight performance'
          

Cara 2:

  1. Klik kanan pada desktop
  2. Klik ' Personalize'
  3. Pilih 'none' pada 'screen saver' dan pilih 'no sound' pada 'sound' seperti gambar dibawah

Cara 3:

  1. Klik 'Start'
  2. Klik kanan 'computer'
  3. Klik 'Properties'
  4. Klik 'Advanced system settings'
  5. Pada 'Performance', klik 'settings...'
  6. Tandakan pada 'Adjust for best performance'
  7. Klik 'Apply'
  8. Klik 'OK'
                                  

Cara 4:

  1. Pergi pada 'Start'
  2. Taip 'MSCONFIG'
  3. Bila dah keluar 'MSCONFIG', klik padanya
  4. Klik 'Startup'
  5. 'Enable' yang perlu sahaja
  6. Klik 'Apply' kemudian klik 'OK'
Cara 5:

  1. Download CCleaner disini
  2. Lepas download, isntallkannya
  3. Buka CCleaner
  4. Tandakan seperti gambar dibawah              
  5. Klik 'Run Cleaner'

Setakat ni saja saya tunjukkan pada korang. Sebenarnya banyak lagi cara yang saya nak bagitahu korang untuk lajukan laptop/komputer. Tunggu sambungan berikutnya..

Sekian..

Saturday 30 March 2013

Kasut Lama Kelihatan Baru

Assalamualaikum..


Kali ni, saya nak kongsikan pada korang tentang cara membuat kasut lama korang kelihatan baru yg saya petik dari sebuah majalah. Cara ni sebenarnya dah lama saya baca dari majalah itu, tapi bila saya sendiri yg lakukannya timbul pulak rasa nak berkongsi sedikit pengalaman kpd korang.

Bahan-bahannya:
  • kasut lama
  • cat acrylic pelbagai warna
  • pengering rambut
  • bekas warna

Cara-caranya:

  1. Bersihkan kasut lama sehingga bersih.   
  2. Warnakan bahagian dalam kasut terlebih dahulu dengan warna hitam.
  3. Warnakan bahagian luar kasut dengan warna hitam.
     
  4. Warnakan bahagian lidah dan belakang kasut dengan warna hijau. 
  5. Keringkan cat pada kasut menggunakan pengering rambut.


*Perhatian
  • Kalau korang rasa tak puas hati lagi korang boleh tambah apa2 yg korang suka bergantung pada kretiviti masing2.
  • Warna hitam dan hijau yg saya gunakan tak semestinya korang juga perlu gunakan. Korang bebas menggunakan apa shj warna yg korang suka untuk membuat kasut lama korang kelihatan baru, cantik dan menarik.
  • Korang juga boleh melukis pada kasut menggunakan pen artline pelbagai warna.

Ni gambar kasut lama saya yg telah dicat, cantik tak??
                                                                        


Ni pun cubaan pertama saya..walaupun tak berapa cantik pun, tapi boleh tahanlahkan. Sekarang giliran korang pula. Selamat mencuba..

Sekian..

Thursday 28 March 2013

Dah Mohon IPTA yg Korang nk Masuk?

Assalamualaikum..



Setelah mendapat keputusan SPM/STPM, mesti ada diantara korang yang nak pergi ke IPTAkan. Takkan nak duduk rumah goyang kaki je kot. Korang dah mohon ke belum kemasukan ke IPTA ni?? Kalau belum, korang boleh mohon disini. Disini bukan sahaja untuk kemasukan ke IPTA,  tapi juga untuk kemasukan ke POLITEKNIK, INSTITUSI, dll.

Sebelum itu, korang perlu beli no. pin dulu untuk membuat permohonan ni. No. pin ni korang boleh dapatkannya di BSN. Permohonan ni telah lama bermula sejak 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. Oleh itu, saya tak hairan pun jika korang dah mohan. Korang boleh dapatkan informasi semasa dan juga membuat permohonan disini.

Dah mohon..?

Ha...Semasa korang membuat permohonan tu, korang kena pilih program IPTA mana yg korang nak masukkan. Sekarang keputusan SPM/STPM dah pun keluarkan. Jadi korang boleh semak sama ada korang layak ke tak masuk program IPTA yg telah korang mohon. Korang klik disini untuk semak.

Jika ada program IPTA yg korang tak layak untuk masuk, korang bolehlah kemaskini permohonan korang dengan memilih program IPTA yg korang layak selagi tempoh masih ada dan korang belum kemaskini sebanyak 3 kali. Dengan ini, peluang untuk permohonan korang diterima lebih cerah. Ni cadangan saya je dan saya tak paksa pun. Apapun, jika korang  tetap juga nak masuk program IPTA tersebut..korang mohon la dulu..rezeki Allah tiada siapa yg tahu.


Sekian..

Tuesday 26 March 2013

Istilah Makanan yang Berkaitan dengan BABI

Assalamualaikum..



Kebanyakan kita(umat Islam) tidak tahu bahawa label2 yang bertulis 'The product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'kapsul dari gelatin babi'.


Berikut antara istilah sains yg digunakan dlm produk yang mengandungi unsur babi:-

  1. Pork: Istilah yg digunakan dlm masakan
  2. Swine: Istilah yg digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi
  3. Hog: Istilh untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
  4. Boar: Babi liar
  5. Lard: Lemak babi yg digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
  6. Bacon: Daging haiwan yg disalai, termasuk babi
  7. Ham: Daging pada bahagian paha babi
  8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
  9. Sow Milk: Susu babi
  10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang drp 50kg
  11. Porcine: Istilah yg digunakan untuk sesuatu yg berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yg berasal daripada babi
*Tolong sebarkan kepada semua Saudara2 kita agar lebih berhati-hati..Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah SWT memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sekian..

Sunday 24 March 2013

Pencer0b0han di LAhad dATU

Sabah diceroboh

assalamualaikum..

ha..jawablah salam tu dulu. bagi salam sunat je, jawab salam wajib. 
ohh..dah jawab. bagus tu..

baru2 ini, pencerobohan di lahad datu, sabah ni telah banyak mengorbankan anggota tentera malaysia. antaranya termasuklah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 n Ahmad Farhan Roslan, 21 yang telah terkorban pd 12 mac 2013. malah, ada juga anggota polis yang terkoban. sebelum saya teruskan, marilah kita sedekahkn al-fatihah kepada mereka yang telah terkoban ini.

AL-FATIHAH

sebenarnya, saya takut sejarah hitam di negara kita kembali lagi. sanggupkah kita memakan ubi kayu setiap hari, diseksa, dibunuh dgn kejam..n banyak lg peristiwa hitam yg tidak disangka akn berlaku. korang bayangkanlah. bersyukurlah kita kpd Allah SWT kerana negera kita masih lagi MERDEKA, bebas dari penjajah.
Alhamdulillah..

pesoalannya, kenapa Lahad Datu diceroboh..
sejarah mengatakan bahawa sebahagian rakyat Sabah adalah migrasi dari Filipina n sebahagian Sulu. oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat
hubungan antara rakyat Malaysia dengan pemberotak Sulu.
yang pasti, penceroboh mahu merampas Sabah dari negara kita.

sebenarnya saya bukan tahu sangat tentang pencerobohan ni..
eh..diye ni..tak tahu tp ad hati nak bagitau orang.
takde la..tak salahkan kita kongsi ilmu walaupun ilmu tu sikit. saya tau ramai pembaca blog saya ni lebih berilmu dari saya. kalau korang juga nak kongsi ilmu, bolehlah letakkan di ruangan komen.

masih banyak lagi apa yg sy nak kongsikan kpd korang, tapi takut mencetuskn isu2 politik. saya juga
takut tersalah bagi maklumat kpd korang.

sekian.......

Thursday 21 March 2013

Ambil Result SPM

Assalamualaikum..

Hari ini, hari yang paling mendebarkan bagi saya dan pelajar2 SPM tahun 2012. Apa taknya, hari ini 21 Mac 2013 result SPM keluar. Saya pun tak tahu nak kata macam mana tapi memang rasa jantung ni 'dup dap dup dap', ada masa tu sampai tak boleh bernafas dengan betul.

Tapi ok la.. Walaupun result saya tak secemerlang macam kawan2 saya yang lain dan tak sehebat korang, saya bersyukur sangat2 kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada saya untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik di masa akan datang. Kepada yang dapat result kurang memuaskan tu janganlah bersedih ataupun bersusah hati. Semua yang berlaku adalah qada dan qadar Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam rukun iman yang ke-6 bagi umat Islam dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Kepada yang cemerlang tu tahniah saya ucapkan, tapi jangan gembira sangat kerana perjalanan korang masih jauh. Yang pasti korang akan sambung belajar tak kiralah korang nak ambil diploma, matrik, asasi ataupun STPM. Ni bukan saja untuk yang cemerlang, tapi juga untuk yang kurang cemerlang mahupun yang gagal sekali dalam SPM. Jangan jadikan result SPM korang yang 'teruk' tu menghalang korang terus belajar seterusnya meraih kejayaan di masa akan datang, yang pasti korang tidak akan putus asa.

Korang mesti tertanya-tanyakan..berapa A yang saya dapat??

Ha..cuba korang teka.
Semua subjek yang saya ambil 10.
Jadi adakah saya dapat 10A ataupun 9A ataupun 2A..Cuba teka.

Ha..betul tu. Saya dapat 5A je, alhamdulillah la tu. Saya dapat 2A+, 2A, 1A-, 3B+, 1B dan 1C.

Mari kita lihat sikit muka orang ambil result.



                                                


Kedua-dua gambar ni dari sekolah saya, Sekolah Menengah Teknik Terangganu. Mohon maaf dari saya kerana gambar ni tak cantik pun. Saya pun bukannya pandai sangat tangkap gambar. Tapi sayang, saya tak dapat tangkap gambar pelajar straight A. 

Akhir kata, saya doakan korang dapat mencapai kejayaan yang korang impikan di dunia mahupun di akhirat.

Sekian..

Wednesday 20 March 2013

Kenangan di PLKN Padang Kacong

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Pulangnya saya dari kem PLKN ni pada 16 Mac 2013 ni tiba2 rasa nak tulis blog pula. Lagipun tak ada kerje nak buat sementara menunggu result SPM 2012 keluar. Jadi, pertama kali saya nak cerita sikit semasa saya berada di kem PLKN Padang Pacong ni..

Pada 3-5 Mac 2013, semua peserta PLKN datang mendaftar. Pada 6 Mac 2013 barulah kelas bermula. Masa ni, memang saya tidak sangka sangat2 PLKN ni kena belajar jugak, ingat ke banyak bermain permainan yang lasak je. Tapi kelas ni tak sama dengan kelas kat sekolah. Kat sini kita tak belajar matematik, kita tak belajar sains, kita tak belajar kejuruteraan tapi kita belajar sejarah, menyemai nilai murni dalam diri, anti dadah, asas pertahanan diri, merawat dll. Kepada yang akan datang ke PLKN tu, jangan sedih atau serabut kepala ke PLKN ni memang best.

Pada mulanya saya datang ke PLKN ni memang la ada bosan sikit. Masa tu hampir semua orang kata ''nak balik'', tapi lama2 bila saya duduk dalam kem ni memang seronok. Macam2 pegalaman saya dapat. Yang pasti saya dapat bermain permainan yang belum pernah main sebelum ini seperti kembara halangan, tali rendah, dan tali tinggi. Banyak lagi aktiviti2 lain seperti berenang, wirajaya,guna kompas dalam hutan  dan berkawad. Aktiviti luar pun ada, contohnya gotong-royong dan lawatan. Aktiviti2 memang banyak membantu saya meningkatkan semangat patriotik, jati diri, kerjasama dalam pasukan, di samping mendapat lebih ramai kawan.


Rugi pula rasanya bila tak bawa kamera, boleh ambil gambar. Harapkan handset cikgu pegang, hujung minggu je cikgu bagi, lepas tu cikgu pegang balik. Ni nak tunjuk gambar hantar hanset.






Ni gambar baju kelas, lelaki kena lipat lengan baju, perempuan tak payah.




             Gambar semasa menembak    



                  Gambar aktiviti Wirajaya




gambar malam kebudayaan (malam terakhir di PLKN)



Setelah semua aktiviti telah dijalankan, semua peserta kem PLKN telah pulang ke rumah. Masa ni adalah masa yang paling sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan2 dan cikgu2. Ada yang menangis, ada yang ucap selamat tinggal, ada yang gembira dapat jumpa ibu bapa dan ada juga yang buat tak tahu je.

 Ni gambar peserta kem yang bersedia untuk balik. Yang sedang bersalam-salaman pun ada.


Semua pertemuan ini adalah dari Allah SWT. InsyaAllah, dengan izinNya, kami akan berjumpa lagi.

Sekian saja dari saya.