Showing posts with label maju. Show all posts
Showing posts with label maju. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Hutang 2 Rakaat Dhuha-Musibah Datang Tanpa Disangka



Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.

Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Monday, 5 October 2015

PETUA MURAH REZEKI DAN SENTIASA MERASA CUKUP!!


Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

........
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
........

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
........

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
........

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
........
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
........
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw


7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...

..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

====================
Ebook 101 Formula Rezeki
====================

==> MEMBONGKARKAN

- Cara mudah MENARIK REZEKI

- Mengapa SUKAR mendapat rezeki

- Formula yang disayangi Allah (berjaya di dunia dan di akhirat

klik disini untuk MENARIK REZEKI--->http://tinyurl.com/rezekibertambahbaik

p/s: Ramai yang sudah berjaya menggunakan formula tersebut. Anda bila lagi.

Klik "Share" untuk bantu rakan-rakan anda sama-sama berjaya.

Sharing Is Caring...smile emoticon

Sunday, 7 December 2014

Tidak Perlu Ada Cita-cita...

Assalamualaikum dan salam bercita-cita..

Bukankah buang masa sahaja mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat mencapainya? Malah cita-cita tersebut hanyalah angan-angan Mat Jenin semata-mata. Cita-cita hendak menjadi doktor, tetapi lain pula jadinya.

Malas la nak fikir pasal cita-cita ni.

Entah jadi ke tak jadi.

Nanti bila tak dapat, sedih pulak.

Dari kecil sehingga kini mempunyai cita-cita yang sama, malangnya hasilnya belum tercapai. Kadang-kadang, kita asyik bertukar cita-cita mengikut peredaran masa kerana ia tidak sesuai dengan kita atau berubah minat.

Saya berasa begitu sedih jika anda berfikiran seperti tajuk diatas. Sedih sangat terutamanya bagi sesama umat Islam dan kaum Melayu. Sejak sekolah rendah, cikgu sudah bertanya:

"Murid-murid, apa cita-cita kamu?"



Anda pun berusaha untuk berfikir dan menjawab soalannya dengan penuh semangat. Saya teringat semasa saya kecil dulu dimana saya terpaksa berada dihadapan kelas dan mengatakan apa yang saya cita-citakan. Saya ni seorang pemalu. Memang segan saya dibuatnya.

Tetapi itulah yang dinamakan manusia.. Apabila sudah besar, terlalu banyak berfikir sehingga apa pun tidak boleh jadi. Anda mungkin terdengar bahawa ramai yang tidak dapat apa yang dicita-citakan, tetapi ketahuilah bahawa cita-cita atau impian adalah langkah pertama.

Ya, Mat Jenin hanyalah menggunakan langkah pertama. Langkah seterusya adalah tindakan anda. Cuba tanya diri anda, apa yang telah anda lakukan untuk menjadikan cita-cita anda sebagai reality, menjadi nyata. Tiada tindakan, tiadalah hasilnya.

Namun begitu, bukan itu yang saya hendak tekankan. Apa yang saya hendak bagitahu adalah mempunyai cita-cita itu penting dalam kehidupan anda. Ia seperti sebuah cahaya yang akan menyinarkan dunia impian anda.

Disini, ia bergantung kepada berapa kuatnya cita-cita yang anda pegang. Ia juga bergantung kepada keyakinan anda pada diri sendiri bahawa anda akan mencapai cita-cita anda. Katakan pada diri bahawa  anda boleh melakukannya.

Ingat,

"Kita yang menerima, dan kita juga yang menolak"

Semoga anda faham apa yang saya maksudkan dan selamat bercita-cita. :)

Saturday, 20 September 2014

Jangan Pandang Belakang

Assalamualaikum dan salam hidup luar biasa.



Ini bukan cerita "jangan pandang belakang" tetapi kita mesti selalu pandang ke hadapan agar sentiasa maju ke hadapan. Tidak pernah dengar saya bahawa ada yang mengatakan maju ke belakang, undur ke belakang ada la..

Yang lepas biarlah berlaku.. Usah diigatkan cerita lama terutama semasa zaman kejatuhan kita.

Contoh, dulu kita hanya dapat  1A dalam SPM, bukan bererti kita juga akan dapat result yang rendah dimasa akan datang.

Jika kita berfikir mengikut masa lalu, maknanya kita akan rugi BESAR. Mengapa? Kerana kitalah yang menjadi batu penhalang yang utama. Bukan ibu bapa kita, bukan juga guru-guru kita, bukan situasi, tetapi DIRI kita sendiri.

Apa yang kita perlu buat sekarang adalah merancang untuk mencapai apa yang kita impikan. Usah pandang belakang lagi kerana ia bukan sahaja tidak bermakna bahkan merugikan diri sendiri.

Selamat beramal.. :)