Sunday 7 December 2014

Tidak Perlu Ada Cita-cita...

Assalamualaikum dan salam bercita-cita..

Bukankah buang masa sahaja mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat mencapainya? Malah cita-cita tersebut hanyalah angan-angan Mat Jenin semata-mata. Cita-cita hendak menjadi doktor, tetapi lain pula jadinya.

Malas la nak fikir pasal cita-cita ni.

Entah jadi ke tak jadi.

Nanti bila tak dapat, sedih pulak.

Dari kecil sehingga kini mempunyai cita-cita yang sama, malangnya hasilnya belum tercapai. Kadang-kadang, kita asyik bertukar cita-cita mengikut peredaran masa kerana ia tidak sesuai dengan kita atau berubah minat.

Saya berasa begitu sedih jika anda berfikiran seperti tajuk diatas. Sedih sangat terutamanya bagi sesama umat Islam dan kaum Melayu. Sejak sekolah rendah, cikgu sudah bertanya:

"Murid-murid, apa cita-cita kamu?"



Anda pun berusaha untuk berfikir dan menjawab soalannya dengan penuh semangat. Saya teringat semasa saya kecil dulu dimana saya terpaksa berada dihadapan kelas dan mengatakan apa yang saya cita-citakan. Saya ni seorang pemalu. Memang segan saya dibuatnya.

Tetapi itulah yang dinamakan manusia.. Apabila sudah besar, terlalu banyak berfikir sehingga apa pun tidak boleh jadi. Anda mungkin terdengar bahawa ramai yang tidak dapat apa yang dicita-citakan, tetapi ketahuilah bahawa cita-cita atau impian adalah langkah pertama.

Ya, Mat Jenin hanyalah menggunakan langkah pertama. Langkah seterusya adalah tindakan anda. Cuba tanya diri anda, apa yang telah anda lakukan untuk menjadikan cita-cita anda sebagai reality, menjadi nyata. Tiada tindakan, tiadalah hasilnya.

Namun begitu, bukan itu yang saya hendak tekankan. Apa yang saya hendak bagitahu adalah mempunyai cita-cita itu penting dalam kehidupan anda. Ia seperti sebuah cahaya yang akan menyinarkan dunia impian anda.

Disini, ia bergantung kepada berapa kuatnya cita-cita yang anda pegang. Ia juga bergantung kepada keyakinan anda pada diri sendiri bahawa anda akan mencapai cita-cita anda. Katakan pada diri bahawa  anda boleh melakukannya.

Ingat,

"Kita yang menerima, dan kita juga yang menolak"

Semoga anda faham apa yang saya maksudkan dan selamat bercita-cita. :)

0 comments:

Post a Comment