Monday 29 September 2014

Ini Semua Salah Takdir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mulakan hari anda dengan penuh kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah SWT. Tiada daya dan kekuatan tanpa keizinanNya.

Adakah anda semua pernah terfikir sepertimana tajuk diatas??

Lain yang kita minta,  lain pula jadinya. Erghh...geramnya..

Pelbagai soalan KENAPA atau MENGAPA perkara ini berlaku kepada kita.

Kenapa GAGAL??

Kenapa HIDUP SUSAH??

Kenapa aku TIDAK CANTIK??

Kalau nak disenaraikan semua memang berpeluh tangan ni. Huhu,..



Percayalah bahawa takdir Allah adalah tepat lagi terbaik umtuk kita. Takdir tidak pernah salah memilih kita, cuma kita sahaja yang menafikannya. Kita yang tidak mahu memerimanya kerana ia adalah setentang dengan keinginan kita.

Dalam dunia ini, perkara yang kita mahu tidak semestinya terbaik untuk kita, malah ia mungkin buruk untuk kita.

Perkata yang kita tidak suka juga tidak semestinya buruk untuk kita, ia mungkin adalah yang paling terbaik untuk kita.

Apa yang perlu kita lakukan adalah percaya dengan takdir Allah. Inilah kunci utamanya. Jika tidak, itulah yang menyebabkan perkara yang sepatutnya baik menjadi buruk untuk kita. Hari-hari asyik ditimpa nasib yang malang.

 Tambahan pula, manusia boleh mengubah takdir.. Baca disini.

Maka, penuhilah hari-hari anda dengan penuh kesyukuran kerana nikmat kurniaaan Allah tidak terhitung nilainya. Dan nikmat anda akan sentiasa bertambah jika anda sentiasa bersyukur. Bersyukurlah walaupun meminum seteguk air kosong.

Allah tidak pernah me;lakukan kesalahan, tetapi kita sebagai hamba Allah yang lemah selalu melakukan kesalahan sama ada sedar atau tidak, secara langsung atau tidak langsung.

Semoga peringatan ini membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih.


p/s: klik 'like' dibawah jika anda suka dan share post ini jika anda rasa ia bermanfaat untuk orang lain.

0 comments:

Post a Comment