Sunday, 7 December 2014

Tidak Perlu Ada Cita-cita...

Assalamualaikum dan salam bercita-cita..

Bukankah buang masa sahaja mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat mencapainya? Malah cita-cita tersebut hanyalah angan-angan Mat Jenin semata-mata. Cita-cita hendak menjadi doktor, tetapi lain pula jadinya.

Malas la nak fikir pasal cita-cita ni.

Entah jadi ke tak jadi.

Nanti bila tak dapat, sedih pulak.

Dari kecil sehingga kini mempunyai cita-cita yang sama, malangnya hasilnya belum tercapai. Kadang-kadang, kita asyik bertukar cita-cita mengikut peredaran masa kerana ia tidak sesuai dengan kita atau berubah minat.

Saya berasa begitu sedih jika anda berfikiran seperti tajuk diatas. Sedih sangat terutamanya bagi sesama umat Islam dan kaum Melayu. Sejak sekolah rendah, cikgu sudah bertanya:

"Murid-murid, apa cita-cita kamu?"



Anda pun berusaha untuk berfikir dan menjawab soalannya dengan penuh semangat. Saya teringat semasa saya kecil dulu dimana saya terpaksa berada dihadapan kelas dan mengatakan apa yang saya cita-citakan. Saya ni seorang pemalu. Memang segan saya dibuatnya.

Tetapi itulah yang dinamakan manusia.. Apabila sudah besar, terlalu banyak berfikir sehingga apa pun tidak boleh jadi. Anda mungkin terdengar bahawa ramai yang tidak dapat apa yang dicita-citakan, tetapi ketahuilah bahawa cita-cita atau impian adalah langkah pertama.

Ya, Mat Jenin hanyalah menggunakan langkah pertama. Langkah seterusya adalah tindakan anda. Cuba tanya diri anda, apa yang telah anda lakukan untuk menjadikan cita-cita anda sebagai reality, menjadi nyata. Tiada tindakan, tiadalah hasilnya.

Namun begitu, bukan itu yang saya hendak tekankan. Apa yang saya hendak bagitahu adalah mempunyai cita-cita itu penting dalam kehidupan anda. Ia seperti sebuah cahaya yang akan menyinarkan dunia impian anda.

Disini, ia bergantung kepada berapa kuatnya cita-cita yang anda pegang. Ia juga bergantung kepada keyakinan anda pada diri sendiri bahawa anda akan mencapai cita-cita anda. Katakan pada diri bahawa  anda boleh melakukannya.

Ingat,

"Kita yang menerima, dan kita juga yang menolak"

Semoga anda faham apa yang saya maksudkan dan selamat bercita-cita. :)

Monday, 29 September 2014

Ini Semua Salah Takdir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mulakan hari anda dengan penuh kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah SWT. Tiada daya dan kekuatan tanpa keizinanNya.

Adakah anda semua pernah terfikir sepertimana tajuk diatas??

Lain yang kita minta,  lain pula jadinya. Erghh...geramnya..

Pelbagai soalan KENAPA atau MENGAPA perkara ini berlaku kepada kita.

Kenapa GAGAL??

Kenapa HIDUP SUSAH??

Kenapa aku TIDAK CANTIK??

Kalau nak disenaraikan semua memang berpeluh tangan ni. Huhu,..



Percayalah bahawa takdir Allah adalah tepat lagi terbaik umtuk kita. Takdir tidak pernah salah memilih kita, cuma kita sahaja yang menafikannya. Kita yang tidak mahu memerimanya kerana ia adalah setentang dengan keinginan kita.

Dalam dunia ini, perkara yang kita mahu tidak semestinya terbaik untuk kita, malah ia mungkin buruk untuk kita.

Perkata yang kita tidak suka juga tidak semestinya buruk untuk kita, ia mungkin adalah yang paling terbaik untuk kita.

Apa yang perlu kita lakukan adalah percaya dengan takdir Allah. Inilah kunci utamanya. Jika tidak, itulah yang menyebabkan perkara yang sepatutnya baik menjadi buruk untuk kita. Hari-hari asyik ditimpa nasib yang malang.

 Tambahan pula, manusia boleh mengubah takdir.. Baca disini.

Maka, penuhilah hari-hari anda dengan penuh kesyukuran kerana nikmat kurniaaan Allah tidak terhitung nilainya. Dan nikmat anda akan sentiasa bertambah jika anda sentiasa bersyukur. Bersyukurlah walaupun meminum seteguk air kosong.

Allah tidak pernah me;lakukan kesalahan, tetapi kita sebagai hamba Allah yang lemah selalu melakukan kesalahan sama ada sedar atau tidak, secara langsung atau tidak langsung.

Semoga peringatan ini membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih.


p/s: klik 'like' dibawah jika anda suka dan share post ini jika anda rasa ia bermanfaat untuk orang lain.

Saturday, 20 September 2014

Jangan Pandang Belakang

Assalamualaikum dan salam hidup luar biasa.



Ini bukan cerita "jangan pandang belakang" tetapi kita mesti selalu pandang ke hadapan agar sentiasa maju ke hadapan. Tidak pernah dengar saya bahawa ada yang mengatakan maju ke belakang, undur ke belakang ada la..

Yang lepas biarlah berlaku.. Usah diigatkan cerita lama terutama semasa zaman kejatuhan kita.

Contoh, dulu kita hanya dapat  1A dalam SPM, bukan bererti kita juga akan dapat result yang rendah dimasa akan datang.

Jika kita berfikir mengikut masa lalu, maknanya kita akan rugi BESAR. Mengapa? Kerana kitalah yang menjadi batu penhalang yang utama. Bukan ibu bapa kita, bukan juga guru-guru kita, bukan situasi, tetapi DIRI kita sendiri.

Apa yang kita perlu buat sekarang adalah merancang untuk mencapai apa yang kita impikan. Usah pandang belakang lagi kerana ia bukan sahaja tidak bermakna bahkan merugikan diri sendiri.

Selamat beramal.. :)

Sunday, 16 February 2014

Aku Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Setiap manusia mesti ada kelemahan dan kelebihannya sendiri. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apakah kelemahan kita dan apakah kelebihan kita.

Persoalannya, kenapa kita harus berhasad dengki dengan orang lain sampai-sampai boleh mncetuskan pergaduhan. Kita selalu merungut, "dia dapat/boleh/ada itu, tapi saya pulak..". Saya pasti ramai dikalangan korang yang selalu merungut seperti itu. Saya tahu, kadang-kadang, kita rasa kita lebih banyak kekurangan daripada kelebihan kalau nak dibandingkan orang lain. Malah, saya juga rasa lagi yakin ada dikalangan kita ini langsung tidak tahu apakah kelebihan yang kita ada.


Allah Maha Adil. Dia tidak akan bersikap pilih kasih. Patutkah kita salahkan Dia atas kekurangan pada diri kita ini. Allah tidak menciptakan seseorang itu untuk gagal, seseorang itu berjaya. Sebenarnya, Allah menciptakan kita dengan kelebihan yang berbeza-beza. Masalahnya cuma kita yang tidak berusaha untuk mencari kelebihan kita. Tanyalah kepada Allah untuk menjawab persoalan ini..

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Korang mungkin melihat dia selalu bernasib baik, tetapi disebaliknya mungkin tidak. Baik buruk manusia adalah Allah Yang Maha Bijaksana. Sesuatu yang kita impikan belum tentu baik untuk kita dan sesuatu yang kita bencikan belum tentu buruk untuk kita.

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada (Alhamdulillah)..

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

...dan banyakkan muhasabah diri.

Sekian..