Assalamualaikum dan salam hidup luar biasa.
Ini bukan cerita "jangan pandang belakang" tetapi kita mesti selalu pandang ke hadapan agar sentiasa maju ke hadapan. Tidak pernah dengar saya bahawa ada yang mengatakan maju ke belakang, undur ke belakang ada la..
Yang lepas biarlah berlaku.. Usah diigatkan cerita lama terutama semasa zaman kejatuhan kita.
Contoh, dulu kita hanya dapat 1A dalam SPM, bukan bererti kita juga akan dapat result yang rendah dimasa akan datang.
Jika kita berfikir mengikut masa lalu, maknanya kita akan rugi BESAR. Mengapa? Kerana kitalah yang menjadi batu penhalang yang utama. Bukan ibu bapa kita, bukan juga guru-guru kita, bukan situasi, tetapi DIRI kita sendiri.
Apa yang kita perlu buat sekarang adalah merancang untuk mencapai apa yang kita impikan. Usah pandang belakang lagi kerana ia bukan sahaja tidak bermakna bahkan merugikan diri sendiri.
Selamat beramal.. :)
0 comments:
Post a Comment