Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan ketinggian korang ditentukan oleh faktor genetik. Tapi, jika korang mempunyai ibubapa yang pendek tak bermakna korang jugan akan pendek, begitu juga jika korang mempunyai ibubapa yang tinggi, korang belum tentu akan tinggi. Walaubagaimanapun, jika sebahagian besar kedua-dua belah pihak keluarga korang adalah pendek, kemungkinan korang pun akan jadi pendak juga. Jangan KECEWA atau SEDIH, korang masih lagi boleh tinggi sehingga dewasa penuh di pertengahan 20-an korang.
Mungkin tak banyak korang dapat menambahkan ketinggian korang, tapi korang boleh cuba langkah2 dibawah untuk menembahkan ketinggian korang. Belum cuba belum tau.
1- Elakkan merokok atau mengambil dadah
- Kajian menunjukkan bahawa kanak2 yg merokok atau terdedah dengan asap rokok adalah lebih pendek daripada mereka yg tak merokok.
2-Dapatkan tidur yang cukup
- Kajian menunjukkan remaja memerlukan 8.5-11 jam tidur pada waktu malam. Badan kita berkembang dan menghasilkan semula tisu semasa kita berehat.
3-Makan makanan yang betul
- Pastikan korang mendapat vitamin dan mineral yang cukup untuk berkembang dengan ketinggian yang penuh. Dpatkan banyak kalsium untuk pertumbuhan tulang, vitamin D untuk pertumbuhan tulang dan otot pada kanak2, dan protein untuk pertumbuhan badan. Jangan lupa untuk makan mengikut jadual.
4-Memupuk keyakinan
- Cuba selesa berpuas hati dengan diri korang tak kira berapa tingginya korang dan berapa banyak ketinggian yang telah meningkat. Satu sikap yang positif lebih daripada kekurangan ketinggian korang.
5-Senaman
- Berenang. Berenang merupakan senaman yg baik untuk menambahkan ketinggian. Jadikan berenang sebagai runtin harian korang, jika tak bleh, lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Berenang bukan saja dapat menambahkan ketinggian korang, malah baik untuk seluruh badan korang.
- Bergantung atau bargayut. Ini adalah senaman yang cukup popular untuk meningkatkan ketinggian. Korang boleh bergantung di pokok atau dimana saja yg sesuai untuk bergantung.
- Melakukan regaman. Jika korang melakukan regaman yg betul, korang akan dapat melihat perbezaan ketinggian korang.
Sekian dan sekali lagi selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment